kalau dah rambut sama hitam hati lain-lain

cerita vanderbilt@11.30pm

hari ini bukanlah yang pertama aku saksikan dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar melayu di perantauan merasai diri sendiri bukan dalam kelompok melayu itu sendiri, terutamanya yang sama gender dengan diri aku - dan bukan juga kali pertama hazirah mendengar masalah ni dari aku. dari tahun pertama lagi aku menceritakan hal ini di-expose untuk melihat realiti yang kontra dengan realiti kehidupan dia.

terbayangkan aku ni tak boleh bawa berbincang ke?. paling kurang pun leave a message yang mengajak pergi tengok cerita sama2 macam beberapa jam sebelum benda tu berlaku. aku wondering mana budak2 batch aku kat rec ni yang selalunya jumaat malam memang ada kat situ.sedar2 aku balik rumah, kebanyakan orang dah entah ke mana.

tiada panggilan.tiada mesej.
kalau orang lain, siap datang pergi bilik lagi lepas call xde orang.

aku tak tau dah kali ke-berapa dan ini mungkin yang paling jelas untuk aku katakan - aku dah penat nak bercampur dengan this type of group yang sememangnya lain interest & hobby dengan aku. letih nak mencari idea sekalipun bertanyakan masih ada ruang atau tak untuk aku melibatkan diri sendiri dengan mereka.

banyak je agenda mereka nak bercakap pasal itu dan ini bila mereka bersama ramai2, tapi dengan aku, sunyi - tak tahu nak cakap pasal apa. aku bukan la conversation starter, memang definitely aku prefer orang tanya aku, baru la aku dapat ceritakan sesuatu. aku bukan berfikiran politikal mahupun menjurus ke arah bola,agama dan medan sosial (facebook,friendster). 

bila dah susah, pandai nak cari kat mana, tahu nak tinggalkan offline message  - reti pulak nak call orang, tak dapat, datang pulak bilik orang. 

seronok? ada setahun lima bulan lagi aku nak hadapi benda ni. 
pms?. social dysfunction?. emo? memang pun, sebab keperluan aku tidak dipenuhi dalam environment macam ni sebagaimana budak2 lain dapat. hanya mampu meluah pada hazirah
dan bersabar seperti yang dinasihatkan.

sekian. 


posted under |

1 comments:

Anonymous said...

mereka memang :-)

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments