Showing posts with label hazirah. Show all posts
Showing posts with label hazirah. Show all posts

[.sinar dan terus bersinar.]

bulan ini dalam sejarah. kini apa yang telah aku impikan selama ini serba sedikit menjadi kenyataan. terasa macam apa yang telah ku usahakan untuk meraih kasih simpati dan kasih sayang dari orang yang aku cuba nak tawan - serba sedikit mendapat balas yang baik, seperti yang aku harapkan.

kenapa serba sedikit?. biasalah, kepercayaan orang tak semuanya sama terhadap kita. tapi yang penting aku gunakan benda macam tu sebagai satu peluang, satu ruang untuk aku berusaha tanpa mengenal erti bosan, berperasaan, dendam, emo, dan sebagainya. cuma sensitif itu agak susah nak buang, sebab dah ada dalam diri dari kecik lagi kan.

tahun ini sangat bermakna untuk kami, tambah pulak dengan kereta myvi dia. dah mula rasa macam ada tanggungjawab bukan sekadar menjaga kereta, malah juga dengan menjaga keselamatan dia dan aku. jalan bukan main lagi, merata tempat dalam KL dan Selangor. aku bukan nak kata benda tu je sebagai kelebihan, tapi ada cabaran jugak dalam best2 ada kereta ni.

kami tak melepak, biasa keluar mesti ada je benda kena buat untuk pihak ketiga ataupun kelima. penuh sampai kadang2 rasa letih yang teramat nak balik. kalau ada terlebih masa tu tanpa buat apa2, confirm rasa bosan. minta maaf la, duduk2 mesra kat tempat awam bukan pilhan kami, rasa macam membazir masa sangat2. addicted dengan bowling dan wayang. tak salah kan?. kadang2 tengok2 baju dan seluar.

apa-apa pun tahun ni yang aku rasakan paling orang kata, duri berbisa macam ular pun ada, lazat dan wangi macam tikka masala pun ada. lumrah la kalau dalam hubungan ni, dah sayang..terima dan berdoa supaya benda-benda buruk tak berlaku yang menjadikan kami ni tak tentu hala dan menjadi lebih baik dari hari ke hari.

posted under , | 0 Comments

kenapa mesti aku yang obvious.

jadi hari ini ia berlaku lagi.


malam semalam bergembira tetapi hanya 4 jam selepas aku tidur, ia mengambil 3 saat tanpa layanan untuk menghancurkan lagi kepercayaan hazirah terhadap aku.

tutup Cyberduck
sign out Adium
sign out+end Skype call
tutup macbook

sebab apa?. sebab aku sibuk mencari tutorial untuk hazirah mengadaptasi dengan environment Cyberduck dan fokus Googling ketika dia sedang mengatakan 

"orang tak faham la" 

diikuti kesunyian selama beberapa saat untuk connect ke FTP server dan kemudiannya 

"takpela.dah la.tak reti la nak buat.mls.pening."

dua tiga hari lepas - aku dimarahnya sebab aku tak peka dengan teks mesej yang disampaikan oleh hazirah walaupun aku mencari dia di skype dan juga yahoo messenger. salah aku la kan, sebab dia tengah bersahur masa tu, takkan nak duduk depan macbook dia, logik kan?

adakah mungkin aku ini terlalu bertoleransi dalam hubungan ini dengan dia?. mungkin - sebab aku tak suka nak bazirkan masa dengan bergaduh kalau sebab seseorang tu buat salah kat aku atau jadi ignorant.dah jadi - jadi je la, dan aku bukan jenis nak moody2 + cepat cair dengan sorry dia sebab dia sangatlah comel dan adorable.

jadi kalau memikirkan apa salah dia kat aku, jawapan nya : 

aku tak ingat pape pun. i'm not aware at all unless orang yang buka cerita.
benda yang aku ingat is significant conversation that talk about good things or big thing yang challenge my personality..

yang pasti aku masih sayangkan dia, tabah saja lah hadapi stress dan pening kepala yang dia alami hari2. 

kesimpulan
aku tidak boleh buat kesilapan walaupun pada skala 0.01/1000 dan mesti jadi perfectionist dan hanya membuka satu program iaitu Skype supaya aku menjadi lebih tertumpu dan fokus kepada memuaskan keperluan hazirah untuk memahami dan meluahkan perasaan.

posted under , , | 1 Comments

tak selalunya cerah : hari pertama

hari ini dalam sejarah. keperluan orang yang tersayang tak dapat aku nak penuhi kali ini. katanya, perubahan diri aku yang drastik berbanding dahulu. memang benar, cabaran dan dugaan baru-baru ini sungguh kuat untuk aku tempuhi sebagai seorang lelaki yang sangat menyayangi nur hazirah - membuatkan aku berubah tanpa sedar bahawa diriku sangat sibuk dengan urusan pelajaran.


jadi, mengapa aku berubah? aku sendiri tidak tahu. kadang-kadang aku kecewa dengan diri sendiri namun aku tidak boleh bersikap demikian, kalau tidak, aku pasti mengalah pada takdir. bukan aku mahu melawan tapi aku mahu buktikan qada' dan qadar itu hanya valid untuk usaha dalam tempoh masa panjang.

aku seringkali letih sejak akhir-akhir ini berbanding orang lain yang mampu burn the midnight oil sehingga 2-3 pagi. pada masa yang sama, aku cuba bagi perhatian sedaya yang mungkin pada hazirah untuk buktikan kasih sayang yang konkrit untuk si dia. sekarang ini, hanyalah dean's list dan membantu dia dalam kerja2 akademik yang dapat buktikan yang aku masih sayang pada dia.

maka hazirah telah memberi keputusan untuk kami supaya berehat seketika - memberi ruang pada masing2 untuk berfikir di samping memperbaiki mana yang buruk, supaya perisitiwa yang akan datang (yang aku fikir jauh lagi mencabar dari apa yang kami hadapi sekarang ini) tidak memberi kesan yang mendalam kepada kami sebagaimana yang telah terjadi baru-baru ini.

sekian.
karya-coret.

posted under , | 0 Comments

selamat

ini adalah versi bahasa melayu dari saya, haziq ruzaini.

karya dan coretan daripada hamba Allah yang tidak seberapa, hanyalah untuk ratapan para pengunjung ke blog ini. isi kandungan untuk anda semua adalah tidak mirip dari apa yang anda lihat di haziqruzaini.com.

saya mahu blog ini lebih fokus kepada kehidupan dan ingin menjadikan haziqruzaini.com lebih tertumpu kepada portfolio saya dan kerja sekolah semasa saya.

terima kasih.

posted under , , | 4 Comments
Home

Followers


Recent Comments