tak selalunya cerah : hari pertama
hari ini dalam sejarah. keperluan orang yang tersayang tak dapat aku nak penuhi kali ini. katanya, perubahan diri aku yang drastik berbanding dahulu. memang benar, cabaran dan dugaan baru-baru ini sungguh kuat untuk aku tempuhi sebagai seorang lelaki yang sangat menyayangi nur hazirah - membuatkan aku berubah tanpa sedar bahawa diriku sangat sibuk dengan urusan pelajaran.
jadi, mengapa aku berubah? aku sendiri tidak tahu. kadang-kadang aku kecewa dengan diri sendiri namun aku tidak boleh bersikap demikian, kalau tidak, aku pasti mengalah pada takdir. bukan aku mahu melawan tapi aku mahu buktikan qada' dan qadar itu hanya valid untuk usaha dalam tempoh masa panjang.
aku seringkali letih sejak akhir-akhir ini berbanding orang lain yang mampu burn the midnight oil sehingga 2-3 pagi. pada masa yang sama, aku cuba bagi perhatian sedaya yang mungkin pada hazirah untuk buktikan kasih sayang yang konkrit untuk si dia. sekarang ini, hanyalah dean's list dan membantu dia dalam kerja2 akademik yang dapat buktikan yang aku masih sayang pada dia.
maka hazirah telah memberi keputusan untuk kami supaya berehat seketika - memberi ruang pada masing2 untuk berfikir di samping memperbaiki mana yang buruk, supaya perisitiwa yang akan datang (yang aku fikir jauh lagi mencabar dari apa yang kami hadapi sekarang ini) tidak memberi kesan yang mendalam kepada kami sebagaimana yang telah terjadi baru-baru ini.
sekian.
karya-coret.
0 comments:
Post a Comment